ISLAM IS THE LIGHT OF MY LIFE

ISLAM IS THE LIGHT OF MY LIFE

KATA KATA HIKMAH

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum Warahmatullah HiTaala Wabarokatuh...
Hari ini saya ingin memohon maaf
kepada semua orang sempena bulan Ramadhan pada esok 
hari,bersama-samalah kita berpuasa dengan ikhlas supaya amal kita 
diterima olah-Nya.Dan perbanyakkanlah amalan-amalan soleh..
InsyaAllah,kita sebagai umat islam dirahmati-Nya.

Sebenarnya, ada sebab mengapa Allah menyuruh kita berpuasa.. Bukan saja-saja Allah suruh kita berpuasa. Contoh paling dekat adalah untuk kesihatan perut kita juga. Selama hampir setahun kita makan tanpa henti, jadi Allah perintahkan supaya kita berpuasa agar perut kita dapat berehat daripada terus memproses makanan tanpa henti yang menyebabkan kita boleh terkena sakit perut. Justeru itu, dapat memulihkan kembali sistem penghadaman kita yang bekerja selama 11 bulan tanpa henti.
Ada rahsia, hikmah dan tujuan puasa itu yang Allah hendak tunjukkan pada kita; antaranya:-

1. Puasa menyempitkan aliran makanan dan darah. Selalunya syaitan menggunakan aliran ini untuk menggoda manusia. Bila sudah sempit maka bisikan syaitan menjadi lemah.



2. Puasa dapat melemahkan nafsu, keinginan berbuat jahat, dan hasrat berbuat maksiat dan dosa. Ini dapat meyucikan semula roh supaya tidak lagi ternoda.



3. Puasa dapat mengingatkan kita kesusahan orang fakir miskin, orang-orang yang kelaparan dan orang yang memerlukan bantuan. Hal ini supaya kita dapat mengasihani, menolong dan menyayangi mereka.


4. Puasa dapat mendidik jiwa, menyucikan hati, memelihara pandangan dan menjaga anggota daripada perbuatan maksiat dan dosa.



5. Puasa merupakan satu-satunya ibadat antara hamba dengan Tuhannya. Hal ini termaktub dalam hadis Qudsi. Allah berfirman, "Setiap amal anak Adam untuk dirinya kecuali puasa. Puasa untukKu dan Aku sendiri yang membalasnya."



6. Puasa dapat mengeratkan silaturrahim sesama muslimin. Di mana kita berpuasa, berbuka pada waktu yang sama. Merasa lapar dan dahaga bersama . Dengan itu, ia dapat menyuburkan rasa cinta dan kasih sesama muslimin.



7. Puasa adalah penghapus segala dosa dan kesalahan selagi tidak melakukan dosa-dosa besar. Riwayat Muslim menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Dari Jumaat ke Jumaat yang lain, daripada umrah kepada umrah yang lain dan dari Ramadan ke Ramadan yang lain adalah penghapus dosa. Ini selagi dosa itu tidak termasuk dosa besar."






Sebenarnya,banyak lagi kepentingannya..tetapi cuma ini sahajalh sumber yg
saya dapat.Sekian..

No comments:

Post a Comment